Tuesday, 26 January 2016

JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Bismillahirrahmannirahhim. Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya ini. Alhamdulillah ke hadrat Allah kerana telah membuka hati saya untuk membuat blog ini supaya dapat berkongsi maklumat, pendapat dan juga pengalaman saya. Syukur yang teramat sangat kerana akhirnya saya telah berjaya menempatkan diri saya untuk berkhidmat di JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA. saya akui, banyak cabaran yang telah saya tempuhi sejak dari awal saya memohon jawatan ini sehinggalah ke saat saat akhir saya melapor diri kursus asas yang akan diadakan pada 10 Feburari 2016 di AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA(AKMAL) cawangan Melaka. Jadi hari ini saya nak kongsi sedikit tentang latar belakang JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungutcukai import/eksport negara, JKDM diterajui oleh Dato' Sri Khazali Bin Hj. Ahmad sebagai Ketua Pengarah Kastam Malaysia, dan dibantu oleh 3 orang timbalan iaitu, Dato' Hj Matrang Bin Suhaili - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan, Dato' Subromaniam A/L Tholasy - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Perkastaman / GST dan Dato' Abdul Rahman Bin Othman - Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia. Dato' Haji Hassan Bin Ibrahim merupakan Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan)

JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat, iaitu Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan.

Disamping itu, JKDM turut mengadakan kerjasama dengan badan dunia, World Customs Organisation ( WCO ) dan negara-negara ASEAN yang lain iaitu, Royal Customs and Excise Department Negara Brunei Darussalam,The Bureau of Customs (BOC) Philippines, Direktorat Jenderal Bea & Cukai Indonesia, General Department of Customs and Excise of Cambodia, Laos P.D.R Customs, Myanmar Customs Department, Singapore Customs Department, The Customs Department of the Kingdom of Thailand dan The Vietnam Custom

Logo

Bulan Sabit & Bintang

Bulan Sabit dan Bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia.

2 ekor Harimau

Harimau melambangkan ketegasan, kecekalan dan keberanian.

Bulatan berwarna biru

Bulatan yang berwarna biru melambangkan penambahbaikan yang berterusan dengan membudayakan pengurusan berkualiti yang menyeluruh.

2 penunjuk arah

Dua penunjuk arah dibahagian atas dan dibahagian bawah lambang segitiga, melambangkan halatuju yang strategik dalam usaha memungut hasil, mengawal serta memelihara kepentingannegara.

Bulatan Padat berwarna kuning

Bulatan padat kuning ditengah melambangkan fokus utama untuk memungut cukai dalam usaha bagi menambah hasil negara serta mengamalkan ciri pengurusan yang berkualiti.

Segitiga Tepat

Segitiga tepat melambangkan keupayaan menangani perubahan pembaharuan dan memelihara keutuhan jabatan.

Bulatan Dibahagi Dua

Bulatan yang dibahagi dua melambangkan visi jabatan kearah mencapai taraf dunia.